Saturday 25 December 2010

KEISTIMEWAAN SESEORANG

Kali nei aku nak share ngan korg pasal budak2 neh... haaa... p korg mesti lama dah tau kn.. kn.. kn... kan korg rajin membaca, membaca kan amalam mulia.... betol tak??? (rajin lah sangat) .... yg dah tau tu, tplg lah nk bca ke tak.... ada ku kesah... : P

*
*
*
*
*
*
*

GREGORY Smith antara salah seorang kanak-kanak menakjubkan apabila telah menerima Anugerah Nobel Keamanan pada usia 12 tahun kerana usahanya mewujudkan International Youth Advocates bagi menyatukan belia dari seluruh dunia. beliau telah di lahirkan tahun 1990. (tahun aku lahir lah plak.. tettt).....
Beliau kini merupakan Timbalan Pengerusi World of Children Awards yang turut di anggotai bekas peninju heavyweight dunia Muhammad Ali yang turun menjawat jawatan yang sama dalam penubuhan terkenal dunia itu.



AKRIT Jaswal yang berasal dari India salah seorang kanak-kanak yang terpintar di dunia dan muncul sebagai doktor bedah ketika berusia 7 tahun. beliau telah di lahirkan pada 23 april 1993 telah berjaya menjalankan pembedahan sulungnya terhadap seorg gadis india yang menderita akibat kesan kebakaran di tangannya. Beliau telah berjaya dalam pembedahan itu. 



CLEOPATRA Stratan pernah menempa namanya sebagai seorang penyanyi cilik profesional ketia berusia 3 tahun. kanak-kanak ini lahir pada 6 Okt 2002 Chisinau, Republik Moldova. Cleopatra pernah merakamkan albumnya berjudul La Varsta De Trei Ani yang di keluarkan pada tahun 2006. Beliau pernah menerima anugerah penghargaan dari MTV Award sebagai artis termuda dan lagu paling hit.







AELITA Andre seorang kanak-kanak yang baru mencecah usia 2 tahun disahkan mempunyai kemahiran melukis paling kreatif dan genius di dunia. Pelukis abstrak kanak-kanak ini lahir di Melbourne, Australia pada tahun 2007 dan kini telah memiliki sebuah muzium sendiri. Sekarang Aelita berusia 3 tahun. Masih kecil lagi tetapi mungkin suatu hari nanti kanak-kanak ini bakal menjadi pelukis abstrak yang terkenal di dunia.



haaaa... pic ni korg kenal tak?? berasal dari Malaysia, lahir pada february 1990. Seorang yang sangat pemalu, tidak minat burung. si pendek itu ayam serama... maksudnya budak ni tak lah tinggi sangat... hehe... tak mempunyai keistimewaan seperti bebudak di atas... : P... tetttt~~~ pic nei sangat tak penting untuk tontonan masyarakat... baiklah...  setiap insan itu mempunyai keistimewaan masing-masing, bersyukur lah dengan apa yg dikurniakan Allah...

No comments:

Post a Comment