Sunday 30 January 2011

DEMAM KUNING ITU YELLOW FEVER

Demam Kuning adalah penyakit jangkitan virus yang boleh menggugat kesihatan awam di zon endemik terutama di Afrika dan Amerika Selatan yang mana virus jangkitan ini sentiasa ada walaupun sudah lama dibasmikan. Penyebab utama penyakit Demam Kuning adalah disebabkan oleh jangkitan virus dari famili "Flaviviridae" yang di bawa oleh nyamuk dari hutan ke kawasan kampung atau bandar. Demam Kuning juga boleh di hasilkan oleh spesis nyamuk biasa terutamanya nyamuk Aedes aegypti yang juga merupkan pembawa virus ini. Negara kita telah mengambil langkah kawalan yang ketat terhadap Demam Kuning. Pengawasan jangkitan Vektor dijalankan di semua pintu masuk seperti di pelabuhan dan lapangan terbang bagi memastikan negara kita bebas jangkitan Demam Kuning.

Tanda-tanda Demam Kuning:
  • Demam mendadak.
  • Sakit belakang serta sengal-sengal otot.
  • Loya
  • Lemah
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah
Tempoh inkubasi Demam Kuning adalah antara 3-6 hari atau lebih selepas di jangkiti.Kebiasaanya Demam Kuning akan terasa berkurang dalam tempoh 3-4 hari setelah dijangkiti, namun tanda-tanda jangkitan akan muncul kembali selepas beberapa jam seperti penyakit kuning (jaundice), muntah-muntah dan pendarahan akan kelihatan. Kematian akan berlaku selepas 7-10 hari dijangkiti penyakit ini. Setakat ini tiada rawatan khusus untuk penyakit Demam Kuning.





Saturday 15 January 2011

KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN??



Penghadaman makanan yang tidak sempurna:



Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh di cerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang bergigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.

Pemakanan dan peminuman:

Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

Pengambilan alkohol:



Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pancreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin,asik folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

Merokok:



Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan  bersamaan dengan 30mg vitamin C.

Proses pemasakan:

Makanan yang dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang di hasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

Makanan yang di proses:

Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandunganya bila ia dikeluarkan dari freezer.

Pengambilan antibiotik:



Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

Sakit:

Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.

Tekanan:



Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (strees).

PMT (Pre-Menstrual Syndrome):

Tanda-tanda seperti sakil kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

Mengandung:

Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B, A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosporus.


Saturday 8 January 2011

PANDUAN PEMILIHAN BAHAN MENTAH

Makan di luar telah menjadi amalan kebanyakan  rakyat Malaysia. Oleh itu, penyediaan pelbagai jenis makanan secara sihat oleh operator kantin, katerer dan penyediaan makanan  adalah penting. Pemakanan sihat boleh meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negara ini. Dalam penyediaan makanan, beberapa langkah perlu diambil semasa membeli, menyimpan, menyedia, mengangkut serta menghidangkan makanan. 

1.0 PANDUAN PEMILIHAN BAHAN MENTAH.

1.1 Sayur-sayuran dan buah-buahan segar:
  • Tidak layu dan kering.
  • Tidak berubah warna atau berbau busuk.

1.2 Ikan segar:
  • Kulit berkilat dan cerah.
  • Kulit tidak berlendir tebal.
  • Mata jernih, bercahaya dan tidak terbenan.
  • Insang berwarna merah cerah.
  • Tidak berbau busuk.
  • Isi pejal dan anjal.

1.3 Daging segar:
  • Berwarna merah cerah.
  • Tidak berbau busuk.
  • Tidak berlendir.
  • Tidak banyak lemak.

1.4 Ayam segar:
  • Kulit berwarna cerah dan tidak lebam.
  • Tidak berlendir dan berbau busuk.
  • Isi pejal dan anjal.
  • Tidak banyak lemak.

1.5 Udang segar:
  • Kulit berwarna cerah dan bersinar.
  • Kepala tidak tertanggal.
  • Tidak berbau busuk.
  • Isi pejal dan anjal.

1.6 Telur segar:
  • Elak memilih telur yang retak, pecah dan diselaputi oleh najis atau kotoran.

1.7 Bijirin dan bijian:
  • Tidak lembab atau basah.
  • Tidak reput dan berkulat.
  • Tidak mengandungi serangga atau bahan asing.

1.8 Makanan proses:

Elak membeli makanan dalam tin yang:
  • Kemek
  • Bocor
  • Berkarat
  • Kembung

THE END

JOM BELAJAR MENGENAI TEKANAN DARAH TINGGI

assalammualaikum dan salam 1 malaysia....

Baiklah hadirin sekalian, apa itu darah tinggi?
  • Darah tinggi bermakna apabila bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90 mmHg atau lebih atau anda mengambil ubat darah tinggi.

Kepentingan mengawal darah tinggi kerana:
  • Membawa kepada beberapa akibat buruk seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
  • Rawatan di peringkat awal adalah lebih baik bagi mengawal penyakit darah tinggi dan komplikasi.
Faktor risiko penyakit darah tinggi:
  • Berat badan berlebihan atau Obes.
  • Apabila umur semakin meningkat.
  • Sejarah penyakit darah tinggi dalam kalangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau adik-beradik.
  • Mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil.
  • Merokok.
  • Mempunyai penyakit seperti diabetes, kegagalan buah pinggang dan tiroid.
  • Tidak bersenam.
  • Stres atau tekanan.
  • Kesan sampingan ubat-ubatan.
  • Pengambilan garam dalam makanan yang berlebihan.
  • Pengambilan alcohol yang berlebihan.

 Komplikasi:

Rawatan awal dan berterusan dapat mencegah komplikasi darah tinggi seperti berikut:
  • Penyakit jantung koronari.
  • Serangan jantung.
  • Strok/angin ahmar.
  • Kegagalan fungsi buah pinggang.
  • Pengerasan arteri (atherosclerosis).
  • Kerosakkan mata yang boleh mengakibatkan kebutaan.


Pemeriksaan darah tinggi:

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan, penolong pegwai perubatan, jururawat secara berjadual perlu di lakukan bagi pesakit darah tinggi. Antara jenis pemeriksaan yang mesti di lakukan:
  • Pemeriksaan tekanan darah.
  • Pemeriksaan jantung seperti Echocardiography (ECG), dan X-ray dada.
  • Pemeriksaan mata.
  • Strok/angin ahmar.
  • Pemeriksaan buah pinggan seperti urine protien, urine albumin, serum creatinine dan urine microalbumin.

Cara berikut boleh menurunkan tekanan darah dan mengawal darah tinggi:
  • Amalkan cara hidup sihat- bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 20-30 minit setiap kali.
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang- kurangkan garam dan lemak, lebihkan sayur dan buah-buahan serta pilihlah makanan segar.
  • Kekalkan berat badan unggul.
  • Jangan mengambil minuman keras.
  • Tidak merokok.
  • Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor.


THE END.