Sunday 26 December 2010

PANDUAAN PENJAGAAN KEBERSIHAN PREMIS DAN MAKANAN

assalammualaikum semua dan salam 1 Malaysia.....

nyum3.... sedap kan.........


Baiklah adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik.... heeeee.... pejam celik- pejam mata dah masuk 5 bulan aku pratikal di negeri Pahang... ada baki 3 bulan lagi untuk berkhidmat tanpa gaji... baik x aku? kerja xde gaji tuu...pratikal lah kata kan, time nei lah kita kena cari banyk pengalaman untuk di bawa kerja nanti.... haaaa.... memandangkan aku bosan skrg, aku nak habaq kat korg mengenai entry aku kat atas tuh... Maklumlah, aku kan pratikal kat pejabat kesihatan, aku nak kongsi lah ilmu yg aku dapat kat sini... hehe.... Baiklah, pada pagi yang mulia ini, sama-sama lah kita ,meningkatkan diri dan pretasi untuk maju terus kehadapan... chewahhhh~~hehe.....

Ceramah kita pada pagi ini mengenai Panduan Penjagaan Kebersihan Premis dan Makanan.... oppsss... ceramah lah sangat... Panduan je okay, belajar lah dari kesilapan.... : P

Panduan menjaga kebersihan premis dan peralatan:
  • Pastikan premis makanan terletak jaoh daripada tempat yang kotor, berdebu serta bebas dari lalat, lipas, ulat, tikus dan haiwan-haiwan lain yang pengotor.
  • Mempunyai kemudahan asas yang sempurna seperti bekalan air bersih, singki untuk membasuh tangan serta sabun jenis cecair, longkang yang sempurna dan bilik air.
  • Pastikan premis mempunyai aliran udara yang baik dan cahaya yang mencukupi terutama di bahagian penyediaan makanan dan mencuci peralatan.
  • Pastikan kawasan penyediaan makanan berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Gunakan pisau dan papan pemotong yang berasing untuk memotong bahan makanan yang sedia di makan (buah-buahan, ulam, roti) dan bahan mentah (daging, ikan, ayam) bagi mengelakkan pencemaran silang.
Ciri-ciri pengendali makanan yang bersih:
  • Berpakaian bersih dan kemas.
  • Memakai apron yang berewarna cerah.
  • Memamakai penutup kepala. (topi)
  • Memakai kasut yang sesuai.
  • Rambut yang di jaga rapi, kemas.
  • Berkuku pendek dan bersih sepanjang masa.
  • Tidak bersin dan batuk kearah makanan.
  • Membasuh makanan sebelum dan selepas mengendali makanan.
  • Membasuh tangan selepas masuk ke tandas.
  • Tidak merokok, meludah, mengorek hidung dan telinga ketika mengendali makanan.
  • Bebas daripada penyakit berjangkit.
  • Pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendali Makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
contoh sijil kursus pengendali makanan



haaa.... apa cer kawan2??? boleh buat tak??? pagi neh aku nak share sal nei je lah dulu... khas buat yang mempunyai premis makanan kat lua tuh... jaga kebersihan premis tuh bagus-bagus, orang akan ramai datang tau kalau premis makanan bersih... haaa... salah 1 rahsia menjadi peniaga yang berjaya.... ekot lah langkah-langkah di atas kalau nak maju... jangan jadi seperti keratan akhbar di bawah.... : P

PERHATIAN!!!


baiklah.... wassalam.....

No comments:

Post a Comment