Sunday 30 January 2011

DEMAM KUNING ITU YELLOW FEVER

Demam Kuning adalah penyakit jangkitan virus yang boleh menggugat kesihatan awam di zon endemik terutama di Afrika dan Amerika Selatan yang mana virus jangkitan ini sentiasa ada walaupun sudah lama dibasmikan. Penyebab utama penyakit Demam Kuning adalah disebabkan oleh jangkitan virus dari famili "Flaviviridae" yang di bawa oleh nyamuk dari hutan ke kawasan kampung atau bandar. Demam Kuning juga boleh di hasilkan oleh spesis nyamuk biasa terutamanya nyamuk Aedes aegypti yang juga merupkan pembawa virus ini. Negara kita telah mengambil langkah kawalan yang ketat terhadap Demam Kuning. Pengawasan jangkitan Vektor dijalankan di semua pintu masuk seperti di pelabuhan dan lapangan terbang bagi memastikan negara kita bebas jangkitan Demam Kuning.

Tanda-tanda Demam Kuning:
  • Demam mendadak.
  • Sakit belakang serta sengal-sengal otot.
  • Loya
  • Lemah
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Muntah-muntah
Tempoh inkubasi Demam Kuning adalah antara 3-6 hari atau lebih selepas di jangkiti.Kebiasaanya Demam Kuning akan terasa berkurang dalam tempoh 3-4 hari setelah dijangkiti, namun tanda-tanda jangkitan akan muncul kembali selepas beberapa jam seperti penyakit kuning (jaundice), muntah-muntah dan pendarahan akan kelihatan. Kematian akan berlaku selepas 7-10 hari dijangkiti penyakit ini. Setakat ini tiada rawatan khusus untuk penyakit Demam Kuning.





No comments:

Post a Comment