Monday 7 February 2011

DENGGI SEMAKIN MERBAHAYA

APAKAH PENYAKIT DENGGI?

  • Penyakit denggi adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil virus denggi.
  • Virus ini sangat halus dan tidak boleh di lihat dengan mata kasar kita.
  • Orang yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk aedeas yang mengandungi virus denggi.
  • Penyakit ini sering kali menyerang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, TETAPI orang-orang dewasa juga boleh di jangkiti.
  • Penyakit ini di anggap paling merbahaya sekali di masa ini kerana sehingga sekarang belum lagi ada ubat untuk merawatnya. Ianya boleh membawa maut. Oleh itu, cara yang paling berkesan sekali untuk menjauhkan penyakit ini ialah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes yang menjadi pembawa penyakit ini.
TANDA-TANDA PENYAKIT DENGGI
Takut tak??
  1. Demam kuat yang mengejut.
  2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
  3. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.
MENGENALI NYAMUK AEDES

  1. Nyamuk ini di panggil nyamuk aedes.
  2. Ianya senang di kenali dengan belang hitam putih di kaki nya.
  3. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang (awal pagi dan awal senja).
  4. Aedes membiak di dalam takungan air jernih dalam rumah dan luar rumah.
  5. Aedes tidak boleh membiak di air kotor seperti di dalam longkang di luar rumah.
TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.
  • Tayar terbiar.
  • Pasu bunga.
  • Tong drum.
  • Botol atau gelas yang mengandungi air.
  • Saluran air hujan.
  • Perangkap semut.
  • Kolah mandi.
  • Tin.
AWAS!!!!
ANDA AKAN DI DENDA JIKA ANDA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.


THE END





No comments:

Post a Comment