Monday, 14 February 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


assalamualaikum, 
selamat menyambut maulidur rasul kepada semua umat islam,
esok kita akan bersama-sama menyambut maulidur rasul,
tidak kira dimana kita berada..

teringat zaman kanak-kanak dulu,
ekot berarak bersama-sama penduduk kampung,
sangat seronok, siap ada pertandingan sepanduk, 
kalau menang dapat hadiah laaa... 
heee....

masok tahun nei, 8 tahun dah tak sambut
maulidur rasul di tempat sendiri,
5 tahun sambut kat Miri, 
berarak bersama-sama member kat skolah...
2 tahun sambut kat KL, tapi dok umah jaa,
and tahun nei sambut kat Temerloh plak..

InsyaAllah,
tahun depan dapat lah sambut kat tempat sendiri,
coz tahun nei aku dah nk bis study...
nak balik ke pangkuan mak ayah dah...
rindu tau... 

apa-apa pon...
walau dimana kita berada, sama-sama lah kita 
menyambut maulidur rasul dengan 
penuh keinsafan...
amin....







TIDAK MEROKOK SIHAT SEPANJANG HAYAT


Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti penyakit kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan strok. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ atau tisu di dalam badan. Terdapat 4 000 jenis bahan kimia dalam asap rokok. 200 daripadanya adalah toksik dan 63 lagi boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).


BERHENTI MEROKOK
  • Merokok memberi kesan buruk kepada keluarga dan orang sekeliling kita.
  • Ibu mengandung yang merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan, rendah berat badan atau mati dalam kandungan.
  • Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok akan kerap mengalami batuk, selsema, jangkitan telinga, hidung dan tetak.

PETUA 10 M UNTUK BERHENTI MEROKOK
  1. Melengah-lengah
  2. Minum banyak air
  3. Menarik nafas panjang
  4. Membuat sesuatu
  5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  6. Mengunyah sesuatu
  7. Membasuh tangan
  8. Mandi dengan kerap
  9. Melakukan senaman
  10. Memohon doa


Friday, 11 February 2011

TERIMA KASIH SAYANG

Haa... 
entry aku kali nei,
xde kena mengena dengan kesihatan 
Okay!!!


erm... 
07/02/2011
hari keramat dalam kehidupan aku...
07/02/1990
hari aku di lahirkan...
terima kasih kepada yang wish
 befday aku...

terharu...
mak n ayah pagi2 kol wish befday,
n pagi2 gak dengar ceramah,
kalau balik kampung jangan 
macam dulu lagi... 
then....
banyak lg lah....


Pos Laju...
10/02/2011
aku dapat satu bungkusan yang 
BESAR!!!

TERIMA KASIH SAYANG
hadiah yang sangat b'makna 
dalam hidup aku,
aku xkan lupa sampai bila2,
sayang awak ketat2....
heeee.....

semOga huBUngan kiTa 
KekaL samPAi
ke Akhir
Hayat
amin




Wednesday, 9 February 2011

ASMA

APA ITU ASMA?
  • Asma ialah penyakit kronik saluran pernafsan di dalam paru-paru.
  • Asma menyebabkan penyempitan saiz dan bentuk saluran udara paru-paru, yang membawa kepada kesukaran bernafas.
  • Saluran pernafasan pesakit asma sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu yang boleh menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
PENCETUS SERANGAN ASMA

keratan rentas paru-paru
  • Alahan kepada batuk, debu dan bulu binatang.
  • Merokok dan menyedut asap rokok.
  • Makanan tertentu seperti kacang ais dan susu.
  • Perubahan cuaca.
  • Aktiviti fizikal atau senaman keterlaluan.
  • Tekanan perasaan.
  • Jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selsema.
GEJALA ASMA
saluran pernafasan

  • Batuk pada waktu malam atau sejuk.
  • Susah bernafas.
  • Nafas berbunyi.
  • Rasa ketegangan di dada.
 heeee.... bukan asma yg nei...

    Monday, 7 February 2011

    DENGGI SEMAKIN MERBAHAYA

    APAKAH PENYAKIT DENGGI?

    • Penyakit denggi adalah sejenis penyakit yang di sebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil virus denggi.
    • Virus ini sangat halus dan tidak boleh di lihat dengan mata kasar kita.
    • Orang yang sihat boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk aedeas yang mengandungi virus denggi.
    • Penyakit ini sering kali menyerang kanak-kanak di bawah umur 15 tahun, TETAPI orang-orang dewasa juga boleh di jangkiti.
    • Penyakit ini di anggap paling merbahaya sekali di masa ini kerana sehingga sekarang belum lagi ada ubat untuk merawatnya. Ianya boleh membawa maut. Oleh itu, cara yang paling berkesan sekali untuk menjauhkan penyakit ini ialah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes yang menjadi pembawa penyakit ini.
    TANDA-TANDA PENYAKIT DENGGI
    Takut tak??
    1. Demam kuat yang mengejut.
    2. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
    3. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.
    MENGENALI NYAMUK AEDES

    1. Nyamuk ini di panggil nyamuk aedes.
    2. Ianya senang di kenali dengan belang hitam putih di kaki nya.
    3. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang (awal pagi dan awal senja).
    4. Aedes membiak di dalam takungan air jernih dalam rumah dan luar rumah.
    5. Aedes tidak boleh membiak di air kotor seperti di dalam longkang di luar rumah.
    TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN NYAMUK AEDES.
    • Tayar terbiar.
    • Pasu bunga.
    • Tong drum.
    • Botol atau gelas yang mengandungi air.
    • Saluran air hujan.
    • Perangkap semut.
    • Kolah mandi.
    • Tin.
    AWAS!!!!
    ANDA AKAN DI DENDA JIKA ANDA DIDAPATI MEMBIAK NYAMUK AEDES DI KAWASAN RUMAH.


    THE END





    Sunday, 30 January 2011

    DEMAM KUNING ITU YELLOW FEVER

    Demam Kuning adalah penyakit jangkitan virus yang boleh menggugat kesihatan awam di zon endemik terutama di Afrika dan Amerika Selatan yang mana virus jangkitan ini sentiasa ada walaupun sudah lama dibasmikan. Penyebab utama penyakit Demam Kuning adalah disebabkan oleh jangkitan virus dari famili "Flaviviridae" yang di bawa oleh nyamuk dari hutan ke kawasan kampung atau bandar. Demam Kuning juga boleh di hasilkan oleh spesis nyamuk biasa terutamanya nyamuk Aedes aegypti yang juga merupkan pembawa virus ini. Negara kita telah mengambil langkah kawalan yang ketat terhadap Demam Kuning. Pengawasan jangkitan Vektor dijalankan di semua pintu masuk seperti di pelabuhan dan lapangan terbang bagi memastikan negara kita bebas jangkitan Demam Kuning.

    Tanda-tanda Demam Kuning:
    • Demam mendadak.
    • Sakit belakang serta sengal-sengal otot.
    • Loya
    • Lemah
    • Menggigil
    • Sakit kepala
    • Muntah-muntah
    Tempoh inkubasi Demam Kuning adalah antara 3-6 hari atau lebih selepas di jangkiti.Kebiasaanya Demam Kuning akan terasa berkurang dalam tempoh 3-4 hari setelah dijangkiti, namun tanda-tanda jangkitan akan muncul kembali selepas beberapa jam seperti penyakit kuning (jaundice), muntah-muntah dan pendarahan akan kelihatan. Kematian akan berlaku selepas 7-10 hari dijangkiti penyakit ini. Setakat ini tiada rawatan khusus untuk penyakit Demam Kuning.





    Saturday, 15 January 2011

    KENAPA KITA PERLUKAN VITAMIN??



    Penghadaman makanan yang tidak sempurna:



    Ini boleh terjadi bila anda tidak mengunyah makanan dengan secukupnya atau anda makan dengan kadar yang agak cepat. Saiz partikel makanan yang agak besar tidak boleh di cerna dengan sempurna oleh sistem penghadaman anda. Orang yang bergigi palsu harus lebih berhati-hati dengan situasi begini.

    Pemakanan dan peminuman:

    Minuman yang terlalu panas atau pengambilan kopi, teh, jeruk dan rempah ratus yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya radang pada saluran penghadaman anda. Oleh itu penyerapan vitamin akan berkurangan.

    Pengambilan alkohol:



    Alkohol yang berlebihan merosakkan hati dan pancreas. Organ-organ ini penting dalam proses penghadaman makanan. Pengambilan alkohol yang banyak dan berterusan meningkatkan keperluan vitamin-vitamin thiamin, niacin, pyridoxin,asik folik, vitamin B12, vitamin C dan vitamin A.

    Merokok:



    Sekiranya anda seorang perokok, keperluan vitamin C dalam badan anda meningkat. Sebatang rokok dikatakan  bersamaan dengan 30mg vitamin C.

    Proses pemasakan:

    Makanan yang dengan lama boleh kehilangan vitamin-vitamin B kompleks dan C. Ada juga vitamin B yang dirosakkan oleh radias yang di hasilkan oleh ketuhar gelombang mikro.

    Makanan yang di proses:

    Penyejukbekuan makanan yang mengandungi vitamin E mengurangkan kandunganya bila ia dikeluarkan dari freezer.

    Pengambilan antibiotik:



    Antibiotik membunuh semua kuman termasuk kuman-kuman baik di dalam perut. Kuman-kuman ini membantu menghasilkan vitamin-vitamin B.

    Sakit:

    Pembedahan menyebabkan badan anda memerlukan lebih zink, vitamin E dan sebagainya. Tulang yang patah memerlukan kalsium, vitamin D dan C yang lebih banyak.

    Tekanan:



    Badan anda memerlukan lebih vitamin B kompleks dan C dalam keadaan anda tertekan (strees).

    PMT (Pre-Menstrual Syndrome):

    Tanda-tanda seperti sakil kepala dan sebagainya semasa datang haid dapat dikurangkan dengan pengambilan vitamin B.

    Mengandung:

    Keperluan semasa mengandung adalah lebih tinggi. Anda perlukan lebih vitamin B, A, D, E dan mineral-mineral kalsium, zat besi, magnesium, zink dan phosporus.


    Saturday, 8 January 2011

    PANDUAN PEMILIHAN BAHAN MENTAH

    Makan di luar telah menjadi amalan kebanyakan  rakyat Malaysia. Oleh itu, penyediaan pelbagai jenis makanan secara sihat oleh operator kantin, katerer dan penyediaan makanan  adalah penting. Pemakanan sihat boleh meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negara ini. Dalam penyediaan makanan, beberapa langkah perlu diambil semasa membeli, menyimpan, menyedia, mengangkut serta menghidangkan makanan. 

    1.0 PANDUAN PEMILIHAN BAHAN MENTAH.

    1.1 Sayur-sayuran dan buah-buahan segar:
    • Tidak layu dan kering.
    • Tidak berubah warna atau berbau busuk.

    1.2 Ikan segar:
    • Kulit berkilat dan cerah.
    • Kulit tidak berlendir tebal.
    • Mata jernih, bercahaya dan tidak terbenan.
    • Insang berwarna merah cerah.
    • Tidak berbau busuk.
    • Isi pejal dan anjal.

    1.3 Daging segar:
    • Berwarna merah cerah.
    • Tidak berbau busuk.
    • Tidak berlendir.
    • Tidak banyak lemak.

    1.4 Ayam segar:
    • Kulit berwarna cerah dan tidak lebam.
    • Tidak berlendir dan berbau busuk.
    • Isi pejal dan anjal.
    • Tidak banyak lemak.

    1.5 Udang segar:
    • Kulit berwarna cerah dan bersinar.
    • Kepala tidak tertanggal.
    • Tidak berbau busuk.
    • Isi pejal dan anjal.

    1.6 Telur segar:
    • Elak memilih telur yang retak, pecah dan diselaputi oleh najis atau kotoran.

    1.7 Bijirin dan bijian:
    • Tidak lembab atau basah.
    • Tidak reput dan berkulat.
    • Tidak mengandungi serangga atau bahan asing.

    1.8 Makanan proses:

    Elak membeli makanan dalam tin yang:
    • Kemek
    • Bocor
    • Berkarat
    • Kembung

    THE END

    JOM BELAJAR MENGENAI TEKANAN DARAH TINGGI

    assalammualaikum dan salam 1 malaysia....

    Baiklah hadirin sekalian, apa itu darah tinggi?
    • Darah tinggi bermakna apabila bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih dan/atau diastolik 90 mmHg atau lebih atau anda mengambil ubat darah tinggi.

    Kepentingan mengawal darah tinggi kerana:
    • Membawa kepada beberapa akibat buruk seperti strok, serangan jantung, kerosakan buah pinggang dan sebagainya.
    • Rawatan di peringkat awal adalah lebih baik bagi mengawal penyakit darah tinggi dan komplikasi.
    Faktor risiko penyakit darah tinggi:
    • Berat badan berlebihan atau Obes.
    • Apabila umur semakin meningkat.
    • Sejarah penyakit darah tinggi dalam kalangan ahli keluarga terdekat seperti ibu, bapa atau adik-beradik.
    • Mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil.
    • Merokok.
    • Mempunyai penyakit seperti diabetes, kegagalan buah pinggang dan tiroid.
    • Tidak bersenam.
    • Stres atau tekanan.
    • Kesan sampingan ubat-ubatan.
    • Pengambilan garam dalam makanan yang berlebihan.
    • Pengambilan alcohol yang berlebihan.

     Komplikasi:

    Rawatan awal dan berterusan dapat mencegah komplikasi darah tinggi seperti berikut:
    • Penyakit jantung koronari.
    • Serangan jantung.
    • Strok/angin ahmar.
    • Kegagalan fungsi buah pinggang.
    • Pengerasan arteri (atherosclerosis).
    • Kerosakkan mata yang boleh mengakibatkan kebutaan.


    Pemeriksaan darah tinggi:

    Pemeriksaan oleh pegawai perubatan, penolong pegwai perubatan, jururawat secara berjadual perlu di lakukan bagi pesakit darah tinggi. Antara jenis pemeriksaan yang mesti di lakukan:
    • Pemeriksaan tekanan darah.
    • Pemeriksaan jantung seperti Echocardiography (ECG), dan X-ray dada.
    • Pemeriksaan mata.
    • Strok/angin ahmar.
    • Pemeriksaan buah pinggan seperti urine protien, urine albumin, serum creatinine dan urine microalbumin.

    Cara berikut boleh menurunkan tekanan darah dan mengawal darah tinggi:
    • Amalkan cara hidup sihat- bersenam secara konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 20-30 minit setiap kali.
    • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang- kurangkan garam dan lemak, lebihkan sayur dan buah-buahan serta pilihlah makanan segar.
    • Kekalkan berat badan unggul.
    • Jangan mengambil minuman keras.
    • Tidak merokok.
    • Makan ubat darah tinggi mengikut nasihat doktor.


    THE END.


    Thursday, 30 December 2010

    Selamat Tahun Baru 2011.

     assalammualaikum rakan-rakan...

    hye... sihat ke?? hope sihat walafiat di samping org tersayang ek... urrmm... dah tanam azam baru x?? tahun baru lah katakan, sume org sibok cita sal azam baru... bgus lah tu, hidup ni kena ada matlamat, target btol2 sampai tercapai... jadi lah orang yang berguna pada masyarakat pada masa akan datang... heee... jangan jadi manusia spesis syaitan...masyarakat tak pandang langsong pon... haa... 

    ermm.. 2010 sangat bermakna dlm hidup aku... hope tahun-tahun akan datang pun aku masih bersama dngn org tersyg...  terima kasih banyak-banyak khairunisa, sebab awak sya kenal erti kehidupan... chewaahh... hehehe... semoga hubungan kita kekal sampai ke akhir hayat... selamat tahun baru sayang!!

    haaaa..... x lupe gak kat kawan-kawan yg mengenali diri ini... aku nak minta maaf banyak2 sebab selalu buat korg skit hati... terutama student smkam, semuanya dalam kenangan... tyme kat skolah dulu x nak dngr kata cekgu, nak tunjok kuat kat sume org... haaa... kan dah menyesal skrg... Yup!!! mmg aku menyesal 99% sebab x nak jadi budak baek kat skolah dulu... sume tu bukan  untuk di banggakan, tp pengajaran kepada adik-adik yang maseh berskolah lagi, hormatilah guru, xpayah nak tunjuk terer kat sume org, skrg mmg lah x menyesal... tp ada 1 masa nanti korg akn tau menyesal yang aku maksudkan... : )

    baiklah, selamat tahun baru 2011 ye kawan-kawan... semoga tahun baru ini kita dapat menjalani kehidupan dengan sihat dan semakin berdisiplin... jangan nakal-nakal tau... haaa.... kepada kaki botol tuh, jangan nak minum arak malam neh... tyme2 mcm neh lah ramai yg pergi meninggalkan dunia... beringat-ringat terlebih dahulu sebelum buat sesuatu perkara... Okay!!


    BYE2 2010, WELCOME 2011.


    Wednesday, 29 December 2010

    JANGAN COBA, NANTI MERANA

    assalammualaikum semua....

    haaaa... aku nak bgtau korg tentang maklumat pentih neh... nak tau tak??? sebagai peringatan, entry aku kali neh sangat bermakna untuk sume org keh... Dadah itu membawa padah.. betol ke penagih sekalian alam... heee... jangan marah..... baiklah, aku nak kongsi sal info penyakit HIV....

    Anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit HIV jika anda:

    1. mengambil dadah secara suntikan dan berkongsi jarum suntikan.
    2. mengamalkan hubungan seks dengan berbilang pasangan dan jantina.
    3. mengamalkan hubungan seks dengan pasangan yang telah di jangkiti HIV termasuk suami atau isteri.
    * Ibu mengandung yang dijangkiti HIV juga boleh menularkan jangkitan HIV kepada bayi dalam kandungan dan melalui penyusuan ibu jika tidak di rawat.


    JIKA ANDA TERLIBAT DENGAN AKTIVITI DI ATAS, SILA LAKUKAN  PEMERIKSAAN DARAH BAGI MENGESAN JANGKITAN HIV DI MANA-MANA KLINIK KESIHATAN DAN HOSPITAL BERHAMPIRAN. RAWATAN BERKAITAN DISEDIAKAN SECARA PERCUMA DI KLINIK-KLINIK KESIHATAN ATAU HOSPITAL BERHAMPIRAN ANDA OKAY..


    DADAH MEMBAWA PADAH, INGATLAH ORANG YANG TERSAYANG.



    Sunday, 26 December 2010

    PANDUAAN PENJAGAAN KEBERSIHAN PREMIS DAN MAKANAN

    assalammualaikum semua dan salam 1 Malaysia.....

    nyum3.... sedap kan.........


    Baiklah adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, pakcik-pakcik dan makcik-makcik.... heeeee.... pejam celik- pejam mata dah masuk 5 bulan aku pratikal di negeri Pahang... ada baki 3 bulan lagi untuk berkhidmat tanpa gaji... baik x aku? kerja xde gaji tuu...pratikal lah kata kan, time nei lah kita kena cari banyk pengalaman untuk di bawa kerja nanti.... haaaa.... memandangkan aku bosan skrg, aku nak habaq kat korg mengenai entry aku kat atas tuh... Maklumlah, aku kan pratikal kat pejabat kesihatan, aku nak kongsi lah ilmu yg aku dapat kat sini... hehe.... Baiklah, pada pagi yang mulia ini, sama-sama lah kita ,meningkatkan diri dan pretasi untuk maju terus kehadapan... chewahhhh~~hehe.....

    Ceramah kita pada pagi ini mengenai Panduan Penjagaan Kebersihan Premis dan Makanan.... oppsss... ceramah lah sangat... Panduan je okay, belajar lah dari kesilapan.... : P

    Panduan menjaga kebersihan premis dan peralatan:
    • Pastikan premis makanan terletak jaoh daripada tempat yang kotor, berdebu serta bebas dari lalat, lipas, ulat, tikus dan haiwan-haiwan lain yang pengotor.
    • Mempunyai kemudahan asas yang sempurna seperti bekalan air bersih, singki untuk membasuh tangan serta sabun jenis cecair, longkang yang sempurna dan bilik air.
    • Pastikan premis mempunyai aliran udara yang baik dan cahaya yang mencukupi terutama di bahagian penyediaan makanan dan mencuci peralatan.
    • Pastikan kawasan penyediaan makanan berada dalam keadaan bersih dan kering.
    • Gunakan pisau dan papan pemotong yang berasing untuk memotong bahan makanan yang sedia di makan (buah-buahan, ulam, roti) dan bahan mentah (daging, ikan, ayam) bagi mengelakkan pencemaran silang.
    Ciri-ciri pengendali makanan yang bersih:
    • Berpakaian bersih dan kemas.
    • Memakai apron yang berewarna cerah.
    • Memamakai penutup kepala. (topi)
    • Memakai kasut yang sesuai.
    • Rambut yang di jaga rapi, kemas.
    • Berkuku pendek dan bersih sepanjang masa.
    • Tidak bersin dan batuk kearah makanan.
    • Membasuh makanan sebelum dan selepas mengendali makanan.
    • Membasuh tangan selepas masuk ke tandas.
    • Tidak merokok, meludah, mengorek hidung dan telinga ketika mengendali makanan.
    • Bebas daripada penyakit berjangkit.
    • Pengendali makanan hendaklah menghadiri Kursus Pengendali Makanan yang di iktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
    contoh sijil kursus pengendali makanan



    haaa.... apa cer kawan2??? boleh buat tak??? pagi neh aku nak share sal nei je lah dulu... khas buat yang mempunyai premis makanan kat lua tuh... jaga kebersihan premis tuh bagus-bagus, orang akan ramai datang tau kalau premis makanan bersih... haaa... salah 1 rahsia menjadi peniaga yang berjaya.... ekot lah langkah-langkah di atas kalau nak maju... jangan jadi seperti keratan akhbar di bawah.... : P

    PERHATIAN!!!


    baiklah.... wassalam.....

    TAHNIAH MALAYSIA (3-0)



    Ya ALLAH, aku betol2 bersyukur malam neh... gumbira sampai tak terkata.... MENGAPA?? haaaa.... kan Malaysia menang lawan Indonesia... 3-0 tuuuu.... rasa innn loo..... Tahniah kepada pasukan Malaysia, akhirnya dapat membuktikan kepada rakyat kita yang MALAYSIA BOLEH!!!! 

    TAPI.......

    Perjuangan belum berakhir, gue harap Malaysia akan terus tekun berlatih untuk perlawanan ke 2 di Indonesia pada hari rabu depan... 3-0 tuu..... hope malaysia akan menang pada perlawanan yg ke 2 nanti... apa-apa pon, kalah menang adat permainan... Usaha tu yang penting... gue sebagai rakyat Malaysia cuma mampu berdoa dari rumah... heeeeee.....

    Haaaa......

    Menyesal btol aku tak g stadium Bukit Jalil td, masa aku tunggu bus kat Bndr Tasik Selatan td kannn.... ada lah seorang mamat neh, dia senyum2 kat aku... aku senyum  lah balik, pas tu dia dudok sebelah aku... haaaa... pelik sungguh aku rasa.... oppppsss.... jangan fikir negatif.... hehe.... nak tau tak?? 

    mamat: bro, nak g mn? 

    gue: nak g BTS ( stesen LRT bndr. tasik selatan)...

    mamat: ooo, nak g Bukit Jalil ke?? or nak g KL??

    gue: nak g kL, ptg nei nak balik Pahang..... 

    mamat: laaaa.... rugi lah, aku ada 8 lg tiket free nei... jom lah tengok bola kat bukit jalil... ( sambil menunjukkan 8 lagi tiket masok ke stadium)...

    gue: (diam seketika) nak ambik ke x?? 

    mamat: jom lah bro....

    gue: xpe lah bro, aku sok nak keja... terima kasih je laaa...

    mamat: ermmm.... baiklah.... 

    haaa.... macam tuh lah dialog mamat tuh dngn aku td.... panjang lagi kalau ikutkan, aku siap bagi mamat tuh pisang goreng yg aku makan kat bus stop tu lagi.... heeeeeee..... baik hati lah katakan..... lepas tu aku naik teksi g stesen LRT, lama sungguh itu bus... kuciwa dah menunggu... heeee.... 

    WOWww... ramai orang berbaris untuk membeli tiket LRT, apa lagi.... aku kan kecek, aku potong lah lineee.... hehehee... keistimewaan seseorang yang berbadan kecek... yang pastinya, aku berbangga melihat sekeliling kerana hampir semua org memakai baju kuning dan memegang bendera negara kita...

    MALAYSIA BOLEH.....

    betol tak kawan-kawan??? haaa... kan Malaysia dah menang tadi, berbangga lah jadi rakyat Malaysia Okay.... sama-sama lah kita berdoa agar Malaysia mendapat Piala Suzuki pada perlawan terakhir di Indonesia nanti.... amin.....



    Saturday, 25 December 2010

    KEISTIMEWAAN SESEORANG

    Kali nei aku nak share ngan korg pasal budak2 neh... haaa... p korg mesti lama dah tau kn.. kn.. kn... kan korg rajin membaca, membaca kan amalam mulia.... betol tak??? (rajin lah sangat) .... yg dah tau tu, tplg lah nk bca ke tak.... ada ku kesah... : P

    *
    *
    *
    *
    *
    *
    *

    GREGORY Smith antara salah seorang kanak-kanak menakjubkan apabila telah menerima Anugerah Nobel Keamanan pada usia 12 tahun kerana usahanya mewujudkan International Youth Advocates bagi menyatukan belia dari seluruh dunia. beliau telah di lahirkan tahun 1990. (tahun aku lahir lah plak.. tettt).....
    Beliau kini merupakan Timbalan Pengerusi World of Children Awards yang turut di anggotai bekas peninju heavyweight dunia Muhammad Ali yang turun menjawat jawatan yang sama dalam penubuhan terkenal dunia itu.



    AKRIT Jaswal yang berasal dari India salah seorang kanak-kanak yang terpintar di dunia dan muncul sebagai doktor bedah ketika berusia 7 tahun. beliau telah di lahirkan pada 23 april 1993 telah berjaya menjalankan pembedahan sulungnya terhadap seorg gadis india yang menderita akibat kesan kebakaran di tangannya. Beliau telah berjaya dalam pembedahan itu. 



    CLEOPATRA Stratan pernah menempa namanya sebagai seorang penyanyi cilik profesional ketia berusia 3 tahun. kanak-kanak ini lahir pada 6 Okt 2002 Chisinau, Republik Moldova. Cleopatra pernah merakamkan albumnya berjudul La Varsta De Trei Ani yang di keluarkan pada tahun 2006. Beliau pernah menerima anugerah penghargaan dari MTV Award sebagai artis termuda dan lagu paling hit.







    AELITA Andre seorang kanak-kanak yang baru mencecah usia 2 tahun disahkan mempunyai kemahiran melukis paling kreatif dan genius di dunia. Pelukis abstrak kanak-kanak ini lahir di Melbourne, Australia pada tahun 2007 dan kini telah memiliki sebuah muzium sendiri. Sekarang Aelita berusia 3 tahun. Masih kecil lagi tetapi mungkin suatu hari nanti kanak-kanak ini bakal menjadi pelukis abstrak yang terkenal di dunia.



    haaaa... pic ni korg kenal tak?? berasal dari Malaysia, lahir pada february 1990. Seorang yang sangat pemalu, tidak minat burung. si pendek itu ayam serama... maksudnya budak ni tak lah tinggi sangat... hehe... tak mempunyai keistimewaan seperti bebudak di atas... : P... tetttt~~~ pic nei sangat tak penting untuk tontonan masyarakat... baiklah...  setiap insan itu mempunyai keistimewaan masing-masing, bersyukur lah dengan apa yg dikurniakan Allah...

    SUNAT

    Suatu hari Pak Pandir mengadu kepada seorang pegawai kesihatan. " Pak Doktor, katanya lepas pakai itu kondom Mak Andih saya tidak bisa beranak, tapi selepas saya pakai, Mak Andih saya tetap juga beranak... semakin ramai anak saya jadi nya.. mengapa ya?? "




    Pak Doktor: Pak Pandir pakai itu bagaimana caranya? anehh~~~

    Pak Pandir : Saya pakai betul2 pada tempatnya, kan saya ini orang islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat, saya pun sunatkan lah... salah ya pak doktor???

    Pak Doktor: GUNAKAN LAH AKAL FIKIRAN YANG DIKURNIAKAN OLEH ALLAH DENGAN SEBAIK-BAIKNYA (BERSABAR)...

    Jangan Merajuk

    Assalamualaikum

    entry nih aku tujukan kepada para monyet.



    si dara : awakkk,awak syg sy x?

    si bujang : sayang..

    si dara : ok,bagi sbb kenapa awak syg sy?

    si bujang : a b c d e f g h i j k l..

    c dara : alaa,jgn lah main abc,bagitau ja lah.

    c bujang : ok,semua abjad tuh ada maksud nya yg tersendiri,nak tau x?

    c dara : nak nak nak,heheee...

    c bujang : sbb,ayang..bergaya..cantek..daring..elegant..fantastic..geram..hot..

    c dara : oh tq,i j k l tuh pa maksudnya?

    c bujangim just kidding laaa...

    c dara : ish!




    thank you singgah!